Sabtu, 21 Mac 2015

Panduan Solat Sunat Hajat



Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda' bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersolat dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

Waktu untuk menunaikan Solat Hajat:

Boleh dilakukan bila-bila masa (siang atau malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, selepas solat asar, ketika matahari naik, dll. Walaubagaimanapun, lebih afdhal (baik) dilakukan pada lewat malam khususnya pada sepertiga akhir malam.
 

 
CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT
• Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat 
• Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian 
• Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah (cara paling ringkas) ialah :

1. Lafaz Niat Solat Hajat :



أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku solat sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Bilangan rakaat : 2 rakaat
2. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :

a. Baca doa iftitah

b. Baca Al Fatihah

c. Baca Surah Al Kafirun (atau surah/ayat lain)
d. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

3. Pada Rakaat Kedua

a. Baca Al Fatihah

b. Baca Surah Al Ikhlas (atau surah/ayat lain)

c. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
d. Membaca Tahiyat Akhir

4. Memberi Salam
5. Berdoa selepas memberi salam :

a. Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. dan bersalawat kepada nabi S.A.W.

b. Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, perniagaan, dijauhkan dari maksiat dll.

• Setiap orang mempunyai cita-cita dan hasrat. Untuk mencapai cita-cita dan hasratnya memerlukan usaha dan ikhtiar.

• Salah satu dari usaha dan ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk mencapai hasrat dan cita-cita ialah dengan memohon hajat kepada Allah melalui Solat hajat sama ada kecil atau besar.



Hajat yang dipohon
Hanyalah perkara yang memberi kebaikan atau kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk diri dan orang lain dan doa untuk mengatasi atau menjauhkan sesuatu kesulitan atau keburukan

Tidak harus dipohon
Memohon sesutu hajat yang dilarang ditegah oleh Allah seperti: Memohon untuk melakukan perkara maksiat dan kejahatan, memohon keburukan untuk orang lain.

FADILAT/KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT

- Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah.
- Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
- Memberi ketenangan jiwa kepada seseorang.
- Tekun dan gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah.
- Tidak putus asa dengan takdir Allah.
- Dimakbulkan Allah doa yang dipohon (Insyaallah).

Tambahan
Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir tetapi berdoa di dalam hati sahaja. Tidak boleh dilafazkan kerana masih lagi berada didalam solat. Batal solat jika melafazkannya.

Hajat Juga boleh dipohon di luar solat iaitu dalam sujud selepas memberi salam (boleh melafazkannya krn telah keluar dari solat).

Selepas memberi salam digalakkan membaca doa Nabi Yunus a.s semasa sujud (di luar shalat) sepertimana Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”


Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2013/02/panduan-solat-sunat-hajat.html#ixzz3V30cWHqW

Isnin, 17 Februari 2014

http://elviamawarni.files.wordpress.com/2013/11/novel-seindah-mawar-berduri.pdf

SINOPSIS

 Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.
Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih
berganti. Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang
kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman.
Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?
Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?
Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan
itu? dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….
Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu
rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki?
Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?
Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur,
“Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…”
Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…



Sabtu, 16 November 2013

Rabu, 1 Mei 2013


Jodoh yang tertulis kemas di Luh Mahfuz, salah satu rahsia agung yang tersembunyi.


Assalamualaikum pembaca yang disayangi....
Sebenarnya, tak layak saya perkatakan perkara macam ni, tapi izinkan saya copy dan paste setiap butir-butir bicara makhluk Allah yang lain untuk kita kongsi bersama...
Bismillah.


Ada 3 Jodoh. Jodoh dari Syaitan. Jodoh dari Jin. Jodoh dari Allah. And me pilih Jodoh dari Allah. Halal, suci dan digelar Syurga Cinta :) 


Orang yang tak couple sebenarnya bukan tak laku tapi cinta dia limited edition untuk yang halal je. Wink wink ^^ 


Perasaan cinta itu bukannya harus di ‘delete’ tapi perlu di ‘hidden’kan untuk sementara waktu sehingga tiba waktunya untuk di ‘approve’ oleh yang halal. 


Jangan kerana "cinta" kita sanggup "berkorban" apa saja untuk pasangan kita sehinggakan "maruah" kita sendiri dikorbankan untuk yang masih tidak halal.


Air mata seorang lelaki, andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita yang bukan HALAL untuknya, maka hilanglah sifat pemimpinnya. 


Wahai  : jangan kerana cinta yang belum halal..kau sanggup serahkan segalanya yang ada pada diri kau.. kelak kau akan sengsara.. 


Biarlah cinta kita menjadi yang halal terlebih dahulu , kerana aku takut cintaku pada Allah akan tercalar. Allahu ya Rabbi :') 


Kita jangan couple dulu, awak tunggu je bunyi kompang. Maknanya saya datang meminang, sebab saya nak awak jadi halal buat saya. 


A lots of couple get married early this year. Bila time diri sendiri ni? Lol nikah connecting people in halal way. 


Kalau macam tu jangan couple sampai dah bertemu jodoh untuk kahwin. Make it Halal. 


Nabi Muhammad SAW selalu tarik hidung Aisyah bila cemburu. Mohon faham, ini untuk yang halal. Yang couple tu tak payah mengada konon ikut sunnah.


 now 'cause I want us to couple in the halal way. Uhuk :P 


Awak terlalu takut nak tinggalkan kekasih hati yang masih haram buat awak? Itu kerana cinta awak kepada Allah tidak cukup. 


 kerana Allah.Tolong hargai kasih sayang saya pada awak dan jangan cemari cinta saya pada awak dengan cinta yang haram. 


Cinta tak haram, yang haram hanyalah cara menunaikan cinta. 


 yang suci, apabila sah menjadi suami isteri, haram apabila tiada ikatan yang sah! 


 tak perlu nak frust menonggeng sangatlah kalau 'putus' cinta... kalau putus tu maknanya Allah tak izinkan hubungan yang haram :) 


Cinta kerana Allah S.W.T sekalipun, kalau awak bukan pasangan yang sah berkahwin, itu tetap haram. Remember that! 


Tinggalkan couple yang haram, Allah akan gantikan dengan cinta yang halal. Jauh lebih indah & manis. InsyaAllah. 


Hang cinta dia lebih dari apa pun ? Elok laa kat tuhan haram hang tak sayang pun. Maksiat ja hang reti. Tu la cinta nafsu.


Jika cinta itu buta. Buta lagi kita yang masih tak pandai menilai mana satu haram mana satu yang tak haram.


Cinta itu berkat dari Allah, jadi mana mungkin Ia berikan dengan cara yg haram??  


Astagfirullah, sebesar apapun cinta itu - haram hukumnya dan termasuk dalam perzinaan hati dan jiwa. 


Tiada istilah CINTA sebelum nikah . HARAM! 


Cinta sejati wujud bila dah kahwin nanti. Dan lambang cinta sejati adalah anak yang halal. Bukannya cinta monyet yang lambangnya anak haram. 


Cinta insan itu memang indah..tapi andai ia halal, indahnya sampai ke akhirat. Andai ia haram, indahnya hanya sampai ke dunia :) 


Lelaki sejati bukan PENJUAL cinta, tetapi dia adalah PEJUANG cinta.. Dia akan memperjuangkan CINTANYA hingga HALAL kepada wanita PILIHANNYA.. 


Jangan pernah memperkecilkan soal HALAL & HARAM. Dari soal makan, minum, wang, cinta. Jgn sesekali.  kerana azab neraka sangat pedih :'( 


Cinta mengajarkan kita kesucian dan keindahan, Jangan pernah kau sentuh raganya, Bila belum halal bagimu.


Hanya dengan CINTA masih belum cukup membuktikan apa-apa sehinggalah ianya halal di sisi Allah. 


Aku hanya ingin cinta yang halal dengan dia tentu atas izin Nya.


Moga Allah jaga cinta ini hanya untuk yang halal. Ameen. 


Cinta saya hanyalah untuk isteri saya, bukan kawan, kekasih, mahupun tunang sekalipun. Biarlah cinta kita, cinta yang halal.


Mengimpikan cinta yg halal..cinta lepas nikah.. :) 


Lafaz cinta yg sebenar biarlah utk 'suami' yg sudah halal, bukan utk 'kekasih' yg belum halal lagi..Astaghfirullah..  ^^ :D 


Aku ingin cinta yang halal di mata dunia juga akhirat~ 


Perkataan 'cinta' tu, besar ertinya . Simpan je perkataan tu dulu, ucap bila dia dah sah jadi yang halal untuk kau okay :) 


Ya Allah biarlah cinta ini mengalir dengan indah hingga halal pada akhirnya. Amin.


Maaf saya tak layan cinta monyet. Yang saya inginkan ialah cinta sejati selama-lamanya cinta yang halal bagi ku kerana Allah. 


Dia lindungi kita dari rasa disakiti, JGN! Jgn dekati cinta yang tak halal...pandai-pandailah kawal hati & perasaan..itu  ... 


Aku mencintaimu kerana Allah. Bismillah Allah menemukan cinta yang halal untukku dan calon pendampingku kelak :) 


Macam mana sayang pun dengan pasangan tu jangan sampai gadaikan prinsip telah lama digenggam, melainkan itu cinta yang halal. 


Perempuan yang Single ni bukan mereka jual mahal, cuma CINTA dia mahal dan untuk yang halal sahaja :') 


Bila aku jatuh Cinta kepada seorng Wanita. Tolong ingatkan aku bahawa Wanita itu belum tentu Jodohku & belum Halal untuk ku sebelum aku Menikahi nya. 


Kalimat, "Aku Cinta Kamu Kerana Allah," hanya akan disebutkan kepada 1 orang iaitu pasangan halal kita kelak. Setuju? 




Terima kasih twitter.


YAKINILAH PADA JANJI ALLAH! 












































Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki 
yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). 
Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga) [Surah An Nur: 26]




























Telah tercatit pemilik tulang rusukku di Luh Mahfuz. Alhamdulillah.


Selasa, 23 April 2013


kenapa aku diuji ?!

Assalamualaikum semuaaa , lama kan aku tak update , pageview pun makin surut hehehe . okay jemput laa baca , ada manfaat jugak :)


KENAPA MESTI AKU YANG DIUJI ? KENAPA BUKAN ORANG LAIN ?! SEDANGKAN MEREKA BERBAHAGIA DENGAN KEHIDUPAN MEREKA . INI TIDAK ADIL ! KENAPA AKU ? 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut ayat 2-3


AKU TIDAK MAMPU YA ALLAH ! UJIANMU TERLALU BESAR TERLALU BERAT , AKU TAK MAMPU MEMIKUL BEBANNYA

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

TETAPI BAGAIMANA YA ALLAH ? MACAM MANA AKU NAK HADAPINYA ? AKU SUDAH BERUSAHA PELBAGAI CARA UNTUK MENGHADAPINYA TAPI AKU GAGAL YA ALLAH . 

dan Tuhanmu berfirman " berdoalah kepada-Ku , nescaya akan Aku perkenankan bagimu "

YA ALLAH , AKU SELALU BERDOA KEPADAMU . SIANG DAN MALAM , TAPI KEADAAN TETAP SAMA , MASIH TAK BERUBAH !

kemudiaan Allah berfirman " janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah "



TAPI YA ALLAH AKU TERASA MAKIN HARI AKU MAKIN JAUH DARIPADA MU YA ALLAH . TERLALU JAUH

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (muhammad) tentang Aku , maka sesungguhnya Aku dekat , Aku kabulkan permintaan orang yang berdoa , apabila dia berdoa padaKu , hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku , agar mereka memperoleh kebenaran  "

AKU KUFUR YA ALLAH , AKU TIDAK BERSYUKUR DENGAN NIKMATMU , AKU ANGKUH DENGAN HIDUPKU . PADAHAL NIKMAT YG KAU BERI KEPADA KU SUDAH CUKUP BANYAK ! AKU TAK MAMPU MEMBAYARNYA YA ALLAH . AKU SUDAH MENGALAH !

" dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu "

TETAPI YA ALLAH , MAHUKAH ENGKAU MENGAMPUN DOSA HAMBAMU YANG HINA INI ? AKU SELALU MENGULANGI DOSAKU YANG SAMA , AKU SELALU TERGELINCIR DARIPADA JALANMU YA ALLAH . AKU TAK BERSYUKUR DENGAN PEMBERIANMU YA ALLAH . MAHUKAH ENGKAU MENERIMA TAUBATKU KEMBALI YA ALLAH ?

" sesungguhnya bertaubat kepada Allah itu hanya (pantas) bagi mereka yang melakukan kejahilan , kerana tidak mengerti , kemudiaan segera bertaubat , taubat mereka itulah yang diterima Allah , Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana "

wahai saudara ku hehe , kenapa mesti mempertikaikan ketetapan Allah ? yakinlah setiap yang berlaku ada hikmahnya dan ingatlah janji Allah itu pasti . Allah bagi ujian cubaan kat kita sebab Allah nak uji sejauh mana kesabaran kita untuk tempuhi ujian Dia .

bersyukurlah bila kita diuji sebab itu tandanya Allah sayang kita . Allah rindu suara kita untuk berdoa kepadanya :') 



muhajadah itu pahit kerna syurga itu manis :')

Rabu, 17 April 2013


CINTA DALAM DIAM...
Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..
Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....
Karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??
Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu'  itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...
Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...
Biarkan 'Cinta Dalam Diammu'  itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...
Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya...
Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allahmaka ia pun berhilir hanya kepada Allah..
" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah ." (QS. Adz Dzariyat:49)
" Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. " (QS. An Nuur: 32)
" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. "  (QS. Ar-Ruum:21)
Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah... berdo'alah... berpuasalah...
" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya " (Hadist) "
" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " (QS. Al Israa' :32)
Cukup cintai ia dalam diam...
bukan karena membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia... tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
Cukup cintai ia dari kejauhan...
karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan karena hadirmu mungkin saja akan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga...
Cukup cintai ia dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...
Maka cintailah ia dengan keikhlasan...
karena tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati... tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi...?
"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (QS. AlBaqarah:216) "
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)" (QS.An Nuur:26) "
Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
karena tiada yang tahu rencana Tuhan... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...
" Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. " (Umar bin Khattab ra.)